Pemilik Kunafa Aiwah iaitu Ojen Aiwah yang juga merupakan seorang influencer baru-baru ini mendedahkan cabaran yang dihadapinya sebelum penerbangannya bersama pasukannya ke Sarawak untuk tour.

Menerusi video pendek di TikTok, Ojen Aiwah mengatakan dia bersama pekerjanya terpaksa berlenggang ke Sarawak tanpa beg mereka kerana kaunter check-in baggage telah ditutup dan dia mengatakan mereka hanya terlambat 5 minit sahaja.

Baca Juga:

@ojennn_aiwahh

Replying to @JL Totally Salah kami sbb lambat checkin , Moga ada rezeki lebih Allah nk bagi 😭🤲🏻

♬ Dawai – Amsyarleee

@ojennn_aiwahh

Replying to @Nouryathie Ojen bodoh maafkan ojen , Jumpa esok 8hb-12hb Nov

♬ My Memory Piano Winter Sonata Ost (Cover) – Lekson

Difahamkan, Ojen telah menghantar bagasi mereka dengan perkhidmatan kargo kerana itu sahaja jalan penyelesaian yang mudah dan murah.

Dalam satu video yang lain, Ojen mengakui apa yang terjadi adalah kesalahannya kerana tidak datang awal untuk ‘drop’ baggage.

Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa kasihan tetapi menegaskan bahawa memang salah Ojen sepenuhnya kerana tidak peduli akan ‘rules and regulation’ yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, para netizen turut menasihati Ojen untuk tiba awal di lapangan terbang selepas ini agar dapat mengelakkan hal seperti ini terjadi.

Malah, segelintir netizen turut berasa hairan kerana Ojen tidak cakna untuk tiba awal dan lambat untuk check in sehingga berlakunya kejadian seperti itu.