Di kumpulan Facebook Batu Pahat, sekumpulan peminjam Ah Long mengambil kesempatan memohon maaf kepada tuan rumah disebabkan kesalahan mereka menyimbah cat merah pada rumahnya, padahal dia tidak pernah meminjam kepada mana-mana Ah Long.
Permohonan maaf itu dibuat selepas mereka menyimbah cat merah di rumah yang salah, menyebabkan sebahagian kawasan rumah kelihatan tompok berwarna merah. Perkara yang paling tak masuk akal sekali mereka menyimbah cat merah di rumah yang salah dua kali.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Elakkan Diri jadi Mangsa Scam, Ini 12 Pelaburan Emas ‘Trusted’ Yang Patuh Syariah
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
“Kami perasan kami telah menyerang rumah yang salah sebanyak dua kali sehingga menyebabkan keluarga itu hidup dalam ketakutan.”
Menurut catatan itu, tuan rumah yang menjadi sasaran itu telah membawa perkara ini ke media sosial dan memaklumkan kepada orang ramai tentang perkara itu selepas “serangan” pertama, tetapi pemberi pinjaman hanya menyedari kesilapan mereka baru-baru ini.
Kumpulan pemberi pinjaman itu dengan rendah hati dan secara terbuka memohon maaf atas kesilapan mereka dan berjanji akan membayar pampasan.
“Kami akan membayar pampasan untuk kerosakan dan kami akan memohon maaf secara peribadi kepada pihak keluarga.”