Pada hari semalam tular satu video pendek menunjukkan sekumpulan pemuda bertopeng memberikan ayam secara percuma di Bukit Bintang.
Ramai memuji kumpulan, pada masa sama ramai juga yang mempersoalkan status halal ayam tersebut kerana tidak mengetahui siapakah pemberinya.
Baca Juga:
- Geng Bertopeng Beri Ayam Percuma Di Bukit Bintang Undang Pelbagai Reaksi Netizen
- Jepun Mahu Beri Rumah Secara Percuma Tetapi Tiada Siapa Yang Berani Ambil, Mengapa?
- Wanita Mengandung Ini Dituduh Ambil Kesempatan Nak Popia Percuma
Oleh kerana ramai yang mempersoalkannya, kumpulan itu tampil mendedahkan ‘sedikit’ mengenai diri mereka.
Menerusi satu video TikTok, kumpulan yang dikenali sebagai ‘XYZMISSION’ itu mendedahkan mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu.
@xyzteamproject Kami semua beragama Islam dan bangsa melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami🤲
“Kami semua beragama Islam dan berbangsa Melayu. InshaAllah kami akan tolong lebih ramai orang. Doakan kami,” petik video terbaharu dimuat naik XYZMISSION.
Menurutnya lagi, mereka bukanlah VIP, influencer, mahupun selebriti. Sebaliknya hanyalah rakyat Malaysia yang mahu buat kebaikkan dan membantu pihak yang lebih memerlukan.
“Kami sama sekali tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada anda. Cukuplah dengan mendoakan kami agar dimurahkan rezeki supaya kami dapat membantu lebih ramai orang.
“Kami juga akan bantu dengan apa yang kami mampu lakukan. Kami akan update lokasi untuk memberikan bantuan berikutnya di platform ini (TikTok),” jelas wakil kumpulan bertopeng itu.
Pada akhir video itu, ahli kumpulan itu menyatakan mereka akan meninggalkan satu topeng pada setiap lokasi yang dilawati sebagai tanda ‘misi telah selesai’.