Walaupun banyak influencer di luar sana banyak yang membuat konten memberi makanan atau wang kepada orang ramai, tetap wujud lagi individu yang sanggup berbuat baik tanpa mengharapkan pernghargaan atau populariti.

Baru-baru ini, tular di platform X susulan sebuah video memaparkan sekumpulan individu memberikan ayam secara percuma di tengah-tengah Bukit Bintang di atas sebuah Hilux.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana kumpulan terbabit bukan sahaja memakai topeng malah membawa banner yang mengatakan mereka adalah orang biasa dan bukan terkenal seperti orang lain.

Orang ramai pula mengerumuni kereta Hilux yang digunakan untuk mengedarkan ayam secara percuma di dalam bungkusan plastik.

Bagaimanapun, video berkenaan telah meraih pelbagai reaksi daripada netizen di platform media sosial. Walaupun ramai memuji tindakan bersedekah yang dilakukan itu, masih ada yang merasakan lokasi yang dipilih bukanlah tepat kerana ia selalunya dipenuhi golongan berduit.

Sumber Gambar: X @bayzmn
Sumber Gambar: X @bayzmn

Dalam pada itu, ada sebahagian netizen meluahkan kerisauan terhadap kebersihan dan mempersoalkan sama ada ayam yang diberikan adakah sudah disembelih mengikut prosedur Islam atau sebaliknya.