Menjadi kebiasaan buat pelajar mencari wang tepi untuk menampung kehidupan ketika di universiti. Salah satu geek job yang mempunyai permintaan tinggi pada ketika ini adalah menyunting video.

Bagaimanapun, ia tidak semudah yang disangka kerana masih bergantung dengan siapa anda menerima sesuatu tugasan tersebut. Hal ini kerana ada yang mengambil kesempatan terhadap individu yang naif.

Baru-baru ini, seorang pelajar mendedahkan bagaimana dia hanya dibayar serendah RM15 bagi setiap satu video yang disunting untuk seorang influencer tempatan.

Sumber Gambar: XiangHongShu

Influencer tempatan itu juga didakwa membayar pelajar itu sekitar RM100 untuk menyunting sejumlah video menerusinya.

“Selebriti internet ini, saya kini takut kepada anda. RM15 untuk satu video. Dia memberi saya RM100 untuk menyunting banyak video.

“Tanya hati nurani anda sendiri, adakah orang lain dengan gaji yang adil jika mereka membantu anda melakukan kerja anda secara beretika?” luahnya.

Tambahnya lagi, dia sentiasa memenuhi tugasan dengan penuh komited sementara influencer tempatan itu pula dilihat tidak berbuat sedemikian. Hal ini kerana individu tersebut gagal memberikan bayaran seperti yang disiarkan iaitu RM20 hingga RM30 bagi setiap satu video.

Lebih teruk lagi, influencer tempatan itu juga mengarahkan suntingan video yang terlalu banyak namun tidak selari dengan upah yang diberikan.

Pelajar itu juga telah berkongsi beberapa tangkap layar perbualan bersama influencer tempatan itu menerusi WhatsApp.

Di dalam salah satu perbualan tersebut, influencer itu tampil berkongsi bahawa menyukai pelajar itu kerana sikapnya yang sangat sabar, lebih-lebih lagi apabila dia boleh meminta beberapa suntingan tambahan dan pelajar itu masih boleh melakukannya.

Sumber Gambar: XiangHongShu
Sumber Gambar: XiangHongShu

Namun begitu, sebaik pelajar itu meminta pembayaran, influencer terbabit memaklumkan bahawa yang dia hanya dibayar RM15 untuk suntingan dua buah video.

Terkejur dengan angka rendah itu, pelajar itu meminta RM10 sebagai tambahan dan telah dituruti oleh influencer.

Sumber Gambar: XiangHongShu

Susulan itu, pelajar itu memberi tahu kepada influencer yang dia tidak akan berkerja untuknya lagi dan berkongsi pengalaman tersebut di platform XiaoHongShu untuk menghalang orang lain daripada mengalami situasi yang sama.

“Saya bercadang untuk menghebahkan perkara ini, terutamanya supaya pelajar yang ingin menyara hidup dan tidak mengetahui market rate sesuatu tugasan dapat mengelak daripada diambil kesempatan. Kami pelajar hanya mahu mendapatkan lebih sedikit wang saku, dan anda menggunakan kejahilan kami sebagai alat,” tambahnya.

 

 

Sumber