Sekiranya anda kerap ke Bukit Bintang, pasti anda pernah membeli atau perasan dengan sebuah kedai dessert Arab di sana. Seorang netizen di TikTok mendakwa kedai tersebut telah disita oleh pihak berkuasa.
Menerusi satu video yang dikongsi oleh Ahmad Faiz di TikTok, beliau menunjukkan kedai dessert Arab tersebut telah dililit pita kuning oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Baca Juga:
- Isu Halal, Kerajaan China Larang Guna Tulisan Arab Pada Semua Kedai Makanan Muslim?
- Dituduh Kawan Makan Kawan, ‘Runner’ Ini Kecewa Dianiaya Cef Nasi Arab Terkenal
- Pemuda Dakwa Ada Ferrari ‘Pick Up’ Wanita Arab Minta Sedekah, Nasihat Jangan Cepat Percaya
https://www.tiktok.com/@ladiswasheruhm/video/7269062452749356289?_t=8ez1P2OHBpK&_r=1
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang info dikeluarkan oleh pihak DBKL tentang tindakan tersebut. Ramai beranggapan ada aduan daripada orang ramai terhadap kedai itu yang menyebabkan DBKL mengambil tindakan untuk menyita premis berkenaan.
Gerai manisan tersebut kerap tular kerana merakam aksi para pelanggan yang perlu berjoget terlebih dahulu sebelum dapat manisan yang dipesan.
Pihak Zaitoun juga ketika ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan perkara tersebut. Sebelum ini, kedai manisan Arab tersebut tular dan Baby Shima antara artis yang pernah singgah membeli di sini.