Apabila berada di Kuala Lumpur, para pelancong dari luar negara biasanya akan turut melawat Bukit Bintang kerana mempunyai pelbagai penawaran menarik yang cukup dekat dengan kehidupan warga lokal di sini.

Namun, menurut laporan dari Times of India telah menyenaraikan Bukit Bintang sebagai salah satu destinasi pelancongan paling ‘overrated’ di Asia.

Berikut adalah 10 teratas destinasi pelancongan paling ‘overrated’ di Asia.

1. Phuket, Thailand
2. Bali, Indonesia
3. Great Wall of China
4. Baga Beach, Goa, India
5. Halong Bay, Vietnam
6. Angkor Wat, Cambodia
7. Mount Fuji, Japan
8. Ubud, Bali, Indonesia
9. Taj Mahal, India
10. Bukit Bintang, Malaysia

Di dalam senarai yang dikongsikan, Bukit Bintang berada di tangga ke-10 selepas destinasi terbabit  dikritik kerana terlampau sesak dengan orang, bisnes komersial yang berlebihan dan tidak mencapai jangkaan pelancong.

Menurut pelancong, Bukit Bintang sering dipenuhi dengan jumlah pelancong yang besar sehingga menyebabkan laluan penjalan kaki dan trafik menjadi sesak.

Selain itu, mereka juga menyatakan kekecewaan bahawa terlalu banyak pengkomersilan seperti bangunan atau iklan yang menjejaskan pengalaman merasai budaya di sini.

Tidak sekadar itu, pelancong juga menekankan tentang tahap kebisingan di lokasi itu, yang mana menjadikannya sukar untuk menikmati tarikan di kawasan terbabit dengan aman.

Tambah pengarang lagi, ada pelancong yang melaporkan bahawa harga di Bukit Bintang terutamanya makanan dan cenderamata selalunya dijual pada harga tinggi berbanding yang dijangkakan. Dengan ini, ia menambah sentimen bahawa destinasi ini mungkin tidak berpatutan seperti yang dilihat.