Pernahkah anda melihat pulau atau tempat yang dihuni oleh haiwan sahaja?
Sudah tentu ianya bukan zoo kerana haiwan-haiwan ini bebas bergerak ke mana saja di pulau atau lokasi ini.
Kami bawakan 3 lokasi di Jepun yang mana ia di huni oleh 3 jenis haiwan yang berbeza.
1. Aoshima Island – pulau yang dihuni oleh kucing
Khabarnya pulau ini dihuni oleh 15 orang manusia dan lebih dari 100 kucing!
Sewaktu perang dunia ke 2, rakyat Jepun dari tanah besar berhampiran lari bersembunyi di pulau ini. Namun selepas perang, ramai yang meninggalkan pulau ini atas faktor mencari peluang pekerjaan.
Pada awal tahun 2000, populasi kucing mula meningkat di pulau ini dan menjadi penghuni rumah-rumah yang di tinggalkan. Tiada kereta atau basikal di gunakan di sini menjadikan kemalangan dan kes terlanggar kucing tidak berlaku.
Selain dari Aoshima Island, sebuah lagi pulai yang turut dihuni oleh kucing yang banyak adalah Tashirojima Island. Kini 2 pulau ini menjadi tarikan kepada pencinta kucing.
2. Okunoshima Island – pulau arnab
Pulau ini juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Sewaktu perang dunia ke 2, sebuah kilang menghasilkan gas beracun telah dibina di pulau ini, yang mana gas-gas tersebut banyak dihantar untuk peperangan kimia (chemical warfare) di China. Senjata kimia yang dihasilkan pada ketika itu adalah gas pemedih mata dan gas mustard.
Kedudukan pulau ini yang terpencil menjadi lokasi terbaik bagi kerajaan Jepun pada ketika itu untuk mengeluarkan senjata kimia secara rahsia. Dibawah pengawasan tentera yang ketat, para nelayan tidak dibenarkan mendekati atau mencari ikan di sekitar pulau ini.
Bukan itu saja, penghuni pulau dan para pekerja kilang senjata kimia ini juga tidak diberitahu apakah sebenarnya yang dikeluarkan di kilang ini. Pekerjaan yang berat dan kasar, dan udara di sekitar kilang yang tercemar menyebabkan ramai pekerja mengalami masalah kesihatan yang serius.
Apabila perang dunia ke 2 berakhir, kerajaan Jepun mengarahkan semua fail dan maklumat tentang kilang senjata kimia di pulau ini di bakar dan dihapuskan.
Kini pulau ini dibuka untuk tujuan pelancongan dengan akses terhad kepada kawasan tertentu saja – antaranya muzium gas beracun, sebuah hotel, padang golf dan tapak perkhemahan bersaiz kecil.
Sewaktu perang dunia ke 2 dulu, arnab yang dibawa ke pulau ini dijadikan sebagai bahan uji kaji keberkesanan senjata kimia yang dihasilkan. Arnab-arnab itu sengaja dibiarkan bergerak bebas di pulau tersebut. Namun semua arnab tersebut kemudiannya dibunuh sebaik saja kilang senjata itu ditutup.
Arnab-arnab yang kini bebas berkeliaran dan menghuni di pulau ini tiada kaitan dengan perang dunia ke 2 kerana ia dibawa ke pulau ini selepas ia dibuka semula untuk tujuan pelancongan.
3. Zao Fox Village – pulau musang
Perkampungan ini tidak begitu dikenali berbanding 2 pulau haiwan di atas.
6 jenis musang dari spesis berbeza telah di ternak dan dibiarkan bebas bergerak di kawasan tertentu di perkampungan ini.
Meskipun musang-musang ini sangat jinak, para pengunjung tidak digalakkan memberikan makanan di tapak tangan bagi mengelakkan kecederaan. Ye lah, nanti tangan pula yang di makan musang. Sebaliknya, makanan hendaklah di campak.
Sumber : BoredPanda
Jika anda pencinta haiwan dan mahu melancong ke Jepun, 3 lokasi ini mungkin boleh dimasukkan ke dalam itinerari anda.
Jom Like Facebook TheVocket