COVID-19 telah mengakibatkan satu dunia menerapkan norma baharu yang melarang manusia berkunjung ke tempat yang sesak dan sentiasa memakai pelitup muka.

Wabak yang sudah menyerang dunia sejak akhir tahun 2019 ini juga telah mengakibatkan beberapa haiwan yang selama ini dilaporkan pupus kini kelihatan berkeliaran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh Daily Star, seekor katak raksasa yang mempunyai saiz sebesar bayi manusia ditangkap setelah dilihat berkeliaran di sebuah kampung di Kepulauan Solomon.

1_JS234329830
Daily Star

Katak ini telah ditemukan oleh Jimmy Hugo yang menjumpainya ketika memburu babi hutan di sekitar kawasan rumahnya. Ia bukan sahaja mengejutkan Jimmy tetapi seluruh penduduk yang tinggal di pinggir Honaira, ibu kota Kepulauan Solomon.

Beberapa gambar yang disiarkan di laman media sosial menunjukkan katak tersebut duduk di lutut seorang penduduk bernama Mostin. Gambar lain pula menunjukkan seorang kanak-kanak memegang katak yang hampir separuh daripada badannya.

0_JS234329818
Daily Star

Untuk rekod, katak yang dijumpai dipercayai spesis Cornufer guppyi. Spesis ini adalah salah satu katak terbesar di dunia dan biasanya dijumpai di sekitar Kepulauan Bismarck hinggalah Kepulauan Solomon.

Spesis katak jenis ini dikatakan semakin terancam dengan kepupusan akibat kegiatan pembalakan dan kegiatan penempatan masuk manusia ke habitatnya.

Keluarga dapat ‘wahyu’ dari jenazah COVID-19, minta kuburnya digali dan jasadnya dipindahkan. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Keluarga Dapat ‘Wahyu’ Dari Jenazah COVID-19, Minta Kuburnya Digali Dan Jasadnya Dipindahkan

‘Ini Adalah Tragedi Yang Luar Biasa’ – Ini Ramalan Terbaharu Bill Gates Mengenai COVID-19

Suasana Ngeri Di India, Koleksi Foto Pembakaran Mayat Mangsa COVID-19 Secara Besar-Besaran