Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun, Clovis Hung dari California berjaya melakukan sesuatu hal yang luar biasa apabila berjaya mendapatkan lima ijazah. Dia berjaya melakukan semua ini melalui hasil didikan di rumah dan menamatkan pengajiannya bersama rakan sekelas yang lain.

Dia mendapat inspirasi untuk menghadiri Kolej Fullerton selepas melihat Jack Rico, seorang remaja berusia 16 tahun mendaftar dan menamatkan pengajian dengan empat ijazah pada usia muda 13 tahun.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Clovis bagaimanapun berjaya mengatasi rekod itu dan telah menjadi graduan termuda dalam sejarah Fullerton. Beliau telah menamatkan pengajiannya dengan lima ijazah Bersekutu Seni dalam Sejarah, Sains Sosial, Tingkah Laku Sosial dan Pembangunan Diri, Seni dan Ekspresi Manusia, serta Sains dan Matematik.

Fullerton mempunyai program khas yang membolehkan pelajar menghadiri kolej mereka sambil melengkapkan kurikulum homeschool. Clovis dan ibunya mengaku agak ragu-ragu dengan pembahagian masa. Bagaimanapun, usahanya berjaya membuahkan hasil.

“Soalan pertama yang biasa ditanya oleh profesor dan rakan sekelas ialah berapa umur saya. Mereka terkejut dengan apa yang saya buat di sini dan sentiasa ingin tahu tentang markah kuiz dan peperiksaan saya.

“Namun, selepas itu, saya telah menunjukkan sikap yang serius terhadap pelajaran saya; mereka semua percaya pada keupayaan dan keazaman saya untuk mendapat gred yang baik,” katanya.

Sumber