Tular video seorang kanak kanak dipercayai mengalami kecederaan seirus selepas diserang anjing yang dipercayai anjing peliharaan kerana ada rantai leher.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Megah, Cheras, baru baru ini. Ianya megundang reaksi marah oleh netizen di X dan di media sosial yang lain.

Ketika kejadian, kanak kanak tersebut sedang berjalan jalan di sekitar kawasan perumahan, dan tiba tiba seekor anjing menyerang dan menggigitnya.

Anjing tersebut kemudian menyeret kanak kanak tersebut yang meronta ronta mahu melepaskan dirinta.

Seorang lelaki mengambil kayu dan menghalau anjing tersebut. Kanak kanak itu segera melarikan diri kepada ibunya.

Netizen meminta tindakan tegas dikenakan ke atas tuan anjing tersebut, jika itu anjing peliharaan.

Dan menasihati keluarga kanak kanak itu mengambil tindakan perundangan.

Netizen berkata: “Saman tuan anjing itu kalau dia bertuan.”

Yang lain berkata: “Jika itu anjing peliharaan, tuan anjing itu harus dikenakan tindakan kerana tiada pemantauan ke atas anjing tersebut sehingga mencederakan orang lain.”

Seterusnya ada juga yang berkata: “Tidak digari sebaiknya dan dipantau? Masaklah tuan anjing. Pihak berwajib patut buat ujian saringan rabies untuk anjing itu.

“Sebab ada sesetengah tuan anjing ni, mereka tak mahu menyuntik vaksin pada anjing mereka.”