Bapa kepada kanak-kanak setahun tujuh bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang dilaporkan hilang baru-baru ini percaya anaknya berada di ‘dunia lain’ dan sedang berusaha sedaya-upaya untuk membawanya pulang.
Hafifi berkata beliau mengesyaki anak tunggalnya berada di alam lain, setelah mendapat bimbingan daripada beberapa bomoh.
Baca Juga:
- Bomoh Tawar ‘Santau Cinta’ Pada Harga RM1,700 Di Carousell
- Raja Bomoh Datang Masjid India, Renjis ‘Air Belaga’
- ‘Saya Harap Bomoh Itu Bertaubat, Datang Jumpa Kami Minta Maaf’ – Ibu Zulfarhan
Dalam masa yang sama, dia turut percaya anaknya masih hidup tetapi dalam keadaan lemah kerana sudah lebih 48 jam tidak makan.
“Saya bersama keluarga terdekat dan penduduk kampung sedang berusaha mencari di kawasan hutan belakang rumah yang dipenuhi pokok buluh dan pokok durian. Saya rasa dia masih hidup. Kami cuba menarik Hud Aryan keluar dari dunia itu,” katanya.
Kanak-Kanak Hilang Selepas Disuap Ibu
Ibu saudara kepada kanak-kanak terbabit, Azean Irdawati Ramley berkata sebelum kejadian, Hud berada dalam rumah kerana diberi makan oleh ibunya sebelum wanita terbabit masuk ke dapur selepas selesai menyuap nasi kepada anaknya itu.
“Kebetulan selepas itu seorang saudara datang ke rumah dan ketika berbual, dia bertanyakan di mana Hud, baru kami menyedari Hud hilang.
“Dua anjing itu sudah biasa digunakan untuk mengesan orang hilang dan diharapkan khidmat K9 itu nanti dapat memberi petunjuk.
“Setakat ini pencarian membabitkan radius dua kilometer (km) dari rumah keluarga mangsa namun tiada sebarang petunjuk diperoleh,” katanya semalam.