Kita semua pernah melakukan perkara nakal kepada adik-beradik semasa kita kecil. Bagaimanapun, kenakalan kita tidak boleh dilawan dengan kelakuan budak lekaki yang viral ini.

Menurut Coconut KL, seorang kanak-kanak lelaki menjadi bualan netizen apabila dia bertindak menolak kakaknya ke dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi ketika ibu mereka leka melihat telefon.

Baca Juga:

Kejadian itu hampir bertukar menjadi mimpi ngeri jika bukan kerana orang yang tidak dikenali yang melihat apa yang berlaku dan memaklumkan pada mereka yang berhampiran bahawa terdapat seorang kanak-kanak yang terkunci di dalam mesin dobi.

Netizen dengan nama, Azura Sapari kemudiannya berkongsi kejadian itu di laman TikTok miliknya @azurasapari618, sambil mengimbas kembali apa yang berlaku.

Azura berada di dalam keretanya yang diletakkan berhadapan dengan kedai dobi apabila dia memerhatikan dua kanak-kanak yang sedang leka bermain dengan bakul dobi ketika ibu mereka sedang sibuk menggunakan telefon.

Semasa dia memerhatikan kelakuan mereka, dia melihat budak lelaki itu menolak adiknya ke dalam salah satu mesin basuh.

Terkejut dengan apa yang baru dilihatnya, wanita itu tergesa-gesa keluar dari keretanya dan memaklumkan perkara yang berlaku kepada orang ramai di kedai dobi tersebut.

Selepas menyedari anak perempuannya berada di dalam mesin basuh, ibu kepada kanak-kanak itu memarahi anaknya sebelum menyelamatkan anak perempuannya.

Azura berkata bahawa budak lelaki itu mungkin tidak menyedari betapa bahayanya tindakannya dan kanak-kanak itu kelihatan berumur diantara lima tahun atau lebih muda.

Walaupun gadis yang terperangkap di dalam mesin basuh itu bermandi peluh, dia dilaporksn selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.