Sepasang kekasih berusia 22 tahun (lelaki) dan 17 tahun (perempuan) yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan, di dua lokasi berbeza secara berasingan, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian itu berlaku pada 3.03 petang, 29 Mac lalu, tetapi baru tular di media sosial baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian adalah di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara 4.15 petang hingga 5.15 petang, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

Mohd Sohaimi berkata, semakan dibuat mendapati kedua-dua warga tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Polis turut merampas kereta Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman berdurasi 23 saat yang merakamkan perbualan jelik kedua-dua individu itu di dalam sebuah kenderaan.