Netizen kegeraman melihat seorang lelaki yang kantoi (tertangkap) mencuri Nescafe di sebuah kedai runcit, namun masih buat muka berlagak.
Lelaki itu mencuri Nescafe dengan memasukkan 2 bungkus minuman tersebut di dalam beg silangnya.
Pekerja dan juruwang di situ dengan nada sopan memberitahu lelaki tersebut bahawa kes kecurian Nescafe memang kerap berlaku, dan yang menjadi mangsa adalah pekerja yang terpaksa dipotong gaji.
Lelaki itu tanpa rasa bersalah membalas: “Banyak kali berlaku kah? Ini kali pertama saya ambil [curi].”
Seterusnya pekerja di situ sempat memberitahu bahawa mereka kenal lelaki tersebut dan ayahnya, yang selalu membeli belah di situ.
Lelaki itu menafikan bahawa dia dan ayahnya berkomplot untuk mencuri Nescafe. Dan dia terus buat muka selamba di hadapan kaunter tanpa rasa bersalah atau cuba meminta maaf.
Malah kemudiannya dia kelihatan bengang mendengar luahan pekerja di situ yang kerap berdepan masalah kecurian seperti itu.
Dan berkata dengan nada sombong kepada juruwang: “Kalau nak repot kepada polis saya tak kisah, kalau nak saya bayar, saya bayar.”
Kemudian seorang lagi lelaki datang dipercayai ayahnya, datang membantu lelaki itu membayar Nescafe tersebut.
Kantoi mencuri nescafe pun masih nak buat muka berlagak dia eh 😅 pic.twitter.com/489ZLPpvIc
— kamaghul deghaman (@kamaghul) April 24, 2026