Semalam tular video rakaman dari dashcam yang berjaya merakam tindakan dua pencuri yang menggunakan kereta jenis Mazda yang dipercayai model CX3 atau CX5 memecah masuk ke sebuah rumah di Damansara.
Kejadian tersebut berjaya dirakam oleh tuan rumah tersebut ketika beliau baru sampai ke rumahnya selepas keluar kira-kira 50 minit sebelum itu.
Selepas ‘terkantoi’ dengan tuan rumah tersebut, kedua-kedua mereka cuba untuk melarikan diri dengan merempuh kereta pemilik rumah tersebut yang berada di pintu pagar hadapan rumah.
Menurut pihak polis, kejadian tersebut dipercayai berlaku jam 2.20 petang pada Selasa dan pihak mereka juga kini sedang memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam video itu.
Berdasarkan laporan Astro Awani, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Damansara Jaya, Petaling Jaya dan nombor pendaftaran yang digunakan kereta tersebut juga adalah palsu.
Antara barangan yang berjaya dilarikan dalam kejadian tersebut adalah sejumlah mata wang asing, sebuah kamera digital, sebentuk cincin emas, telefon bimbit dan beberapa botol minuman keras.
Mencuri adalah perbuatan yang terkutuk yang tidak sepatutnya dilakukan walau apa jua alasannya.
Baca kisah lelaki ini yang sanggup melarikan Honda Jazz selepas isterinya dikatakan mengidam nak naik Honda. Klik pautan di bawah untuk membaca.
Suami Sanggup Curi Kereta Demi Penuhi Hasrat Isteri Mengidam Honda Jazz
Parking Di ‘Mall’ Belum Tentu Selamat, Lelaki Ini Kongsi Kisah Honda CRV Dicuri Kurang 30 Minit
Tidak Mahu Penduduknya Didakwa Mencuri, Tok Batin Ini Guna Duit Elaun Bulanan Belikan Motosikal Baru