Jika sebelum ini jenama ‘Yeezy’ lebih terkenal di kalangan sneakerhead melalui kolaborasi bersama Nike sebelum beralih kepada adidas, kali ini jenama ini bakal melangkah ke sebuah industri yang baru iaitu servis penstriman muzik yang dinamakan sebagai ‘Yeezy Music’.

Berdasarkan laporan terbaru, servis penstriman yang bakal diperkenalkan Kanye West pada kali ini bakal meliputi penstriman muzik, video, gambar serta penawaran e-commerce buat para pengguna.

Menyoal daripada kredibiliti beliau, Kanye West kemungkinan berpeluang untuk menarik perhatian pengguna untuk mencuba servis penstriman muzik terbaru beliau berdasarkan bilangan pengikut yang ramai. Sebelum ini beliau juga antara yang menjadi watak penting dalam membangunkan Tidal yang diasaskan oleh bekas rakan beliau iaitu Jay-Z sebelum perhubungan mereka menjadi keroh.

Kanye West Bakal Membawa Jenama 'Yeezy' Kepada Servis Penstriman Muzik

Kata orang, apa yang dipakai Kanye West bakal menjadi fenomena dan diikuti ramai namun mampukah beliau memecah tembok monopoli Spotify dan Apple Music? Sama-sama kita nantikan.

Sumber