Industri animasi Malaysia kini dilihat kian berkembang pesat dan penerimaannya sangat baik di luar sana. Malah, kehadiran animasi BoboiBoy dan Mechamato di pasaran Jepun juga telah berjaya menambat hati kanak-kanak di sana.
Baru-baru ini, Fly with Yaya telah hadir dengan musim terbaru yang mempromosikan wilayah Tohoku, Jepun. Menerusinya, syarikat Monsta sekali lagi berjaya menempa nama di Jepun dengan watak mereka iaitu Yaya yang dijadikan ikon pelancongan di negara timur itu.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- Ini Senarai Barang Dan Perkhidmatan Yang Bakal Kekal, Berubah Harga Bermula 1 Mac 2024
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Untuk makluman, Yaya telah dipilih oleh pihak Tohoku Inbound Association dan Yamagata Broadcasting Co. untuk mempromosikan pelancongan mesra muslim di Tohoku. Berbeza dengan Tokyo, Tohoku menfokuskan kepada aktiviti-aktiviti di luar bandar serta mempunyai pemandangan yang indah dan mempersona.
Fly With Yaya merupakah CGI Travel Show yang menggunakan teknik CGI bersama live footage. FWY pernah dinominasi bawah Licensing International Exellence Award 2020. Fly With Yaya ‘Omotenashi’ boleh ditonton menerusi Astro Prima dan MONSTA Youtube Channel.
Di sini, kami ingin mengucapkan tahniah buat syarikat Monsta kerana bukan sahaja berjaya membuktikan tahap kemampuan animasi di persada dunia malahan dapat menempa nama Malaysia di negara maju seperti di Jepun.