Lonely Planet ialah salah satu platform rujukan pilihan untuk kaki travel dari seluruh dunia tidak kira untuk melihat tempat-tempat menarik sehinggalah pilihan makanan terbaik.

Baru-baru ini, laman web tersebut telah mengeluarkan senarai 500 makanan terbaik dari seluruh dunia. Menariknya, salah satu hidangan dari Malaysia iaitu kari laksa tersenarai dalam 5 makanan teratas senarai tersebut. Makanan dari San Sebastian, Sepanyol iaitu pinxtos atau pincho dipilih sebagai hidangan yang mendahului carta ini.

CurryLaksa-1

Kedudukan yang kedua dalam carta diungguli oleh kari laksa dari Kuala Lumpur Malaysia. Keharmonian rasa rempah ratus dan santan yang digunakan untuk menghasilkan hidangan ini telah menambat hati pengunjung yang singgah di gerai sepanjang Jalan Petaling.

Keunikan rasa hidangan tradisi Malaysia tersebut berjaya menewaskan hidangan signifikan dari Jepun iaitu Sushi, seterusnya hidangan daging bakar dari Texas pada kedudukan yang ke-4 dan diikuti oleh Som Tum dari negara jiran, Bangkok.

Senarai penuh hidangan pilihan ini boleh didapati dalam buku “Ultimate Eatlist: The World Top Experience” oleh Lonely Planet.

Sumber