Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, larian amal semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Hal ini bukan sahaja memberi kecerdasan mental dan fizikal malah ia juga boleh memberikan pelbagai manfaat lain kepada komuniti tertentu.
Sebagai contoh, wujudnya acara larian untuk meraih dana buat kanak-kanak menghidap penyakit jantung kongenenital atau melakukan pemuliharan alam sekitar dan juga melakukan aktiviti bersama keluarga.
Pada kali ini, anda juga berpeluang menyumbang kepada komuniti dengan menyertai KARISMA FUNdraising RUN anjuran PIBG SK Bukit Damansara.

Larian ini akan berlangsung pada 9 November 2024, yang mana bertujuan mengumpul RM18,000 untuk menaik taraf peralatan sukan sekolah, demi menyokong atlet muda sekolah dan memupuk semangat kesukanan.

Lebih daripada sekadar larian, acara ini merapatkan hubungan ibu bapa, guru, dan komuniti. Sertai lebih 86 peserta yang telah mendaftar dan bersama-sama kita bergerak ke arah masa depan yang lebih cerah untuk pelajar SKBD!
Anda yang berminat boleh lakukan pendaftaran menerusi pautan di sini untuk mendapatkan tempat dalam larian amal kali ini.