Tidak disangkal lagi kehebatan filem Avengers keluaran Marvel yang sentiasa berjaya meraih kutipan tinggi ketika tayangan filem tersebut. Maka, tidak hairanlah jumlah peminatnya juga ramai. Jika dikumpulkan untuk sesuatu acara mungkin mampu memenuhi sebuah stadium.

Baru-baru ini, telah berlangsungnya larian Marvel Run Malaysia yang bertempat di Dataran Putrajaya dan berjaya menarik seramai 15,000 peserta. Acara yang bertemakan empat adiwara terkenal Marvel iaitu Captain America, Black Panther, Thor dan Captain Marvel ini telah berjaya menarik penyertaan daripada semua peringkat umur di Malaysia bahkan juga penyertaan peserta antarabangsa termasuk dari Australia, Jerman, United Kingdom, Ecuador dan Singapura.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

MARVEL-RUN-MALAYSIA-2019_Hi-Res-crop

Selaras dengan kempen Visit Truly Asia Malaysia 2020 (VM2020), acara tersebut menandakan kerjasama pertama antara Tourism Malaysia dan jenama Marvel yang menyaksikan penyebaran bahan publisiti VM2020 dalam pelbagai platform oleh penganjur, termasuk Disney Digital Network.

Untuk pengetahuan anda, larian Marvel Run Malaysia 2019 mengetengahkan 4 kategori pilihan iaitu 800 Meter Kids Dash, 1.2KM Kids Dash, 5KM Fun Run serta 10KM Run. Bagi acara 10KM Run, peserta larian telah dilepaskan oleh Datuk Musa Yusof selaku Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Marvel-Run-Putrajaya-Bernama-070919

Peserta-peserta yang menyertai acara larian tersebut teruja berkongsi gambar-gambar mereka di media sosial. ini antara perkongsian daripada mereka.

https://twitter.com/kak_cempakasari/status/1170364089047977990

Jika anda lihat pada penganjuran acara ini, ia merupakan strategi pemasaran yang sangat bagus untuk mempromosi VM2020. Sekiranya aktiviti seumpama ini diteruskan, tidak mustahil ia mampu menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia. Hebat bukan?

Banyak lagi artikel menarik mengenai Marvel yang boleh anda baca. Anda boleh klik pautan di bawah.

Sony Pictures Mahu Tekan Marvel Benarkan Spider-Man Muncul Dalam ‘Venom 2’

‘Spider-Man: Far From Home’ Muncul Filem Terbaru Marvel Cecah Kutipan USD1 Bilion

Marvel Studios Perkenalkan 3 Watak Baharu Yang Bakal Sertai MCU

Sumber