Penyanyi lagu ‘Hijau’ yang cukup popular satu masa dahulu, Datuk Zainal Abidin menyelar sikap segelintir peminat taksub artis yang disifatkannya kurang ajar dan bodoh.

Kenyataan itu dikeluarkan Zainal berikutan berang dengan sifat ditunjukkan peminat ketika menulis komen dalam media sosial, petik Berita Harian.

Baca Juga:

“Peminat sekarang kurang ajar dan bodoh. Mereka selalunya memuat naik dahulu, kemudiannya baru fikir.

“Cubalah fikir dahulu, baru muat naik komen. Kalau nasihat dan tegur baik-baik, saya terima, tetapi saya pula dihentam.

“Sehingga ada yang panggil saya sebagai pakcik tua nak mampus, kubur dah panggil,” katanya kepada BH Online.

Oleh itu, Zainal menasihatkan golongan peminat untuk menjaga adab terutamanya dalam meninggalkan komen dalam media sosial.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci.

“Kita orang Melayu, beragama Islam yang ada adab dan adat.

“Walaupun anda ustaz sekalipun, kalau tiada adab baik, saya tetap tak dapat terima,” jelas beliau.

Terdahulu, Zainal menerima kecaman selepas menegur seorang penyanyi popular tular.

Sumber