Sebut mengenai Datuk Zainal Abidin Hassan pasti orang ramai mengenalinya. Berjaya menjadi salah seorang legenda bola sepak tempatan serta pengurus pasukan antara yang membuatkan nama beliau menjadi sebutan.

Terbaharu, Datuk Zainal Abidin Hassan yang kini mengurus pasukan bola sepak di Liga Super menerusi sebuah video dilihat sangat selesa dan hebat menari tarian yang pernah dipopularkan oleh kumpulan dari Jepun.

Baca Juga:

@nostalgicmalaccan

Para Para Jenal Sakura… #jenal #cip #mufc #gegau #sporting #malaysiasuperleague #paraparasakura

♬ Para Para Sakura – Aaron Kwok

Menerusi perkongsian Tiktok @nostalgicmalaccan, dapat dilihat Datuk Zainal Abidin Hassan seakan tidak kekok menari Para Para Dance yang sekaligus mengejutkan pelbagai pihak mengetahui kebolehan individu ini.

Malah, terdapat netizen yang memaklumkan telatah pengurus bola sepak berusia 62 tahun ini seakan orang muda. Berikut merupakan respon netizen terhadap perkongsian ringkas telatah Datuk Zainal Abidin Hassan ini.

Sumber: Tiktok @nostalgicmalaccan
Sumber: Tiktok @nostalgicmalaccan
Sumber: Tiktok @nostalgicmalaccan

Datuk Zainal Abidin Hassan turut menjadi buah mulut orang ramai sekitar Mei lalu apabila dikatakan telah bercerai dengan Fyna Jebat selepas beberapa bulan bernikah.