Vans Asia Custom Culture kembali lagi tahun ini di mana Vans memberi peluang kepada peminat Vans untuk berkarya dengan menjadikan kasut Vans sebagai kanvas.

Di kalangan kasut-kasut awesome dari seluruh Asia yang dihasilkan, kasut ini sedang mendapat undian paling tinggi. Lebih menarik apabila hanya sehari selepas ianya dimuat naik di laman Vans, rekaan Fahmi Reza ini mendapat ribuan undi!

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Tidak perlu diperkenalkan lagi siapa Fahmi Reza ini. Beliau adalah salah seorang artis yang lantang mengkritik salah laku golongan berkuasa. Individu pada rekaan kasut ini juga sama. Anda tengok sahaja rekaannya, anda sudah tahu siapa individu yang Fahmi Reza maksudkan.

Rekaan dengan undian paling tinggi (dari setiap negara Asia) akan dipilih untuk ke pusingan seterusnya. Nampak gaya rekaan kasut ini senang-senang sahaja lulus untuk ke pusingan seterusnya.

Mungkin Fahmi Reza join pertandingan ini secara suka-suka tetapi ramai pula yang undi. Jika kasut ini benar-benar dihasilkan oleh Vans, ada yang ingin membelinya?