Vans tampil dengan 6 koleksi kasut ‘satin brocade’ yang akan mula berada di pasaran esok. Model kasut yang digunakan untuk koleksi ini adalah Vans Classic Slip-On, Old Skool dan Sk8-Hi Reissue.
Terdapat tiga model Slip-On Classic yang boleh dipilih yang dihiasi cetakan penuh pada kasut. Bagi model Old Skool, ia hadir dengan material suede yang berwarna emas dan dihiasi satin pada bahagian sisi kasut. Sk8-Hi Reissue melengkapkan koleksi ini untuk anda yang meminati kasut high cut.
Koleksi Satin Brocade ini boleh didapati pada 6 Disember di kedai Vans terpilih iaitu Vans Sunway Pyramid, Pavilion, KLCC, 1 Utama, Pahlawan, Tebrau & Sky Avenue Genting dan Vans Dealers terpilih. Harga untuk koleksi ini bermula dengan harga RM279.