Semalam tular sebuah video memaparkan seorang lelaki bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang berada dalam kereta bersama anak-anaknya. Lelaki tersebut dipercayai suami kepada tersebut dan tindakan lelaki itu yang menakutkan menjadi bualan ramai.

Menerusi perkongsian wanita tersebut, Amira Nabila di Facebook miliknya, dirinya dan suami dalam proses penceraian dan tidak tinggal bersama sejak April lalu. Menurutnya, dirinya hanya membuka tingkap sedikit kerana sebelum ini suaminya itu pernah membawa lari dokumen miliknya.

Tambahnya, suaminya itu dikatakan mahu memberikan wang pada anaknya tetapi sebaliknya yang berlaku. Kejadian ini terjadi ketika dia mahu pergi kerja.

Malah, dia mengatakan bahawa pernah diugut suaminya dimana keretanya mahu diambil dan mahu dibakar. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen.

https://twitter.com/4M30W/status/1470911884870045696

Rata-rata netizen berasa bimbang akan keselamatan wanita tersebut bersama anak-anaknya. Malah, para netizen juga berasa kasihan kepada anak-anak tersebut kerana perlu berdepan perkara tersebut dan hal itu dikhuatiri akan membuatkan mereka trauma.

Para netizen turut menasihati wanita itu agar membuat laporan polis demi keselamatannya dan anak-anak. Rata-rata netizen juga berharap wanita itu akan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman.

Sementara itu, tahukah anda ada pasangan yang tidak sangka bertemu jodoh dengan ‘crush’ masa sekolah. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

7 Tahun Terpisah, Wanita Ini Terkejut Bertemu Jodoh Dengan ‘Crush’ Zaman Sekolah

‘Takut Nak Kahwin’- Harga Pakej Perkahwinan Makin Mahal Buat Netizen Terkejut

Nasib Malang Buat Suami Di Malam Pertama, ‘Isteri’ Yang Dia Kahwini Rupanya Seorang Lelaki