Kerajaan junta Bangladesh pada Khamis lalu berkata bahawa Myanmar telah bersetuju untuk mengambil semula pelarian Rohingya di bawah perjanjian dua hala yang ditandatangani pada November 2017. “Berita baiknya ialah kerajaan Myanmar sekarang telah bersetuju untuk mengambil semula warga Rohingya, dan sedang membangunkan kemudahan di Negeri tersebut,” kata Menteri Luar AK Abdul Momen pada taklimat akhbar di ibu negara Dhaka seperti yang dilaporkan oleh aa.com.tr.

Beliau menambah bahawa China sebagai sekutu penting Myanmar akan memudahkan proses penghantaran pulang. Diplomat tertinggi Bangladesh itu memberi taklimat kepada media selepas pertemuan dengan utusan China ke Dhaka, Li Jiming. Beliau bagaimanapun mengecam pihak berkuasa Myanmar kerana merumitkan proses itu dengan menuntut dokumen pengenalan diri daripada Rohingya.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

“Apabila Rohingya melarikan diri dari Negeri Rakhine, keadaan sangat berbahaya dan mereka datang ke Bangladesh dengan tidak membawa apa-apa kecuali pakaian pada badan mereka. Bagaimana mereka boleh menyediakan dokumen sekarang untuk membuktikan identiti mereka sebagai warga Myanmar?” Soalnya.

Beliau berkata dua langkah penghantaran pulang sebelum ini telah gagal kerana warga Rohingya masih kurang percaya terhadap pihak berkuasa Myanmar. “Jadi, kali ini kami mahu melakukan sesuatu,” katanya.

Mengambil kira India, Jepun, Rusia dan UK sebagai rakan strategik Myanmar yang lain, beliau menambah bahawa Bangladesh sentiasa berhubung dengan semua negara ini untuk memastikan penghantaran pulang warga Rohingya secara aman ke negara asal mereka.

Bangladesh kini telah menempatkan lebih 1.2 juta Rohingya di khemah sementara di daerah sempadan selatan Cox’s Bazar. Kebanyakan mereka ini melarikan diri daripada layanan keras tentera yang kejam di Negeri Rakhine pada Ogos 2017.

Pada January 2020, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan amaran tegas kepada Myanmar untuk menghalang pembunuhan umat Islam di sana. Mahkamah Keadilan telah meluluskan langkah awal dan memerintahkan kerajaan Myanmar untuk “mengambil semua langkah dengan kuasa yang ada” untuk menghentikan penganiayaan kumpulan minoriti negara itu.

Menurut keputusan mahkamah, fakta yang dilampirkan kepada PBB telah menetapkan bahawa wujud penganiyaan masyarakat Rohingya di Myanmardalam bentuk pukul, pembunuhan beramai-ramai, rogol dan apa jua kekerasan seksual, kemusnahan kampung dan rumah, dan dinafikan hak untuk makan, berlindung dan apa sahaja keperluan hidup yang lain.

Keputusan ini hadir beberapa jam selepas pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi mengakui bahawa jenayah perang ‘mungkin telah dilakukan’ oleh pihak tentera pada 2017 selepas kerajaan menafikan kenyataan saksi.

Bagi Menteri keadilan Gambia, Abubacarr Tambadou, berkata,”Para hakim sepakat memutuskan bahwa genoside tidak dapat ditolak ansur dan keperluan untuk Rohingya dilindungi adalah “kemenangan untuk keadilan antarabangsa”.