Kecoh di media sosial kononnya Arab Saudi kini dah ada ‘kaunter’ untuk hapus dosa. Di dalam video yang tular, kelihatan seorang lelaki alim sedia duduk di dalam satu ruangan kompak seperti kaunter sambil menanti orang ramai datang kepadanya di sekitar kawasan Mekah.

Persoalannya, dari mana datangnya tanggapan bahawa Fatwa Booth ini berfungsi seperti bilik pengakuan dosa dalam tradisi agama lain?

Dari mata kasar yang tidak memahami fungsinya, sesi konsultasi hukum yang bersifat peribadi ini nampak seolah-olah satu sesi “mengadu dosa” untuk mendapatkan pengampunan segera.

Realitinya, fatwa booth atau fatwa kiosk sudah diperkenalkan menerusi Perkhidmatan Fatwa Elektronik secara rasmi sekitar tahun 2019.

Pada fasa awal ini, ia lebih berbentuk kiosk pegun (seperti mesin ATM) yang membolehkan jemaah berhubung dengan ulama melalui panggilan suara atau video.

Tujuannya adalah untuk mengurangkan kesesakan di meja-meja mufti tradisional. Masuk ke tahun 2024 dan 2025, teknologi ini telah dinaiktaraf kepada versi yang lebih canggih.

Difahamkan robot generasi kedua telah diperkenalkan dengan Kecerdasan Buatan (AI) yang lebih pintar di mana menyokong sehingga 11 ke 15 bahasa utama dunia, termasuk bahasa Melayu dan Indonesia, bagi memudahkan jemaah dari rantau Nusantara..

Walaupun teknologi robot digunakan secara meluas, sebenarnya pihak Haramain sudah lama menyediakan lebih 70 kiosk fizikal yang menempatkan ulama-ulama besar.

Kiosk ini bukan saja lebih selesa untuk para syeikh, tapi ia jadi pusat tumpuan jemaah yang mahu menyemak sesuatu hukum ibadah mereka terus dengan pakarnya.

Menariknya, mereka bertugas mengikut syif 24 jam sepanjang musim puncak seperti Ramadan dan Haji. Jadi, tak timbul isu mesin yang pengampunan dosa, sebab di dalam booth itu adalah manusia yang berilmu.

Selain itu, unit-unit kiosk terutamanya versi robot ini juga ditempatkan di lokasi strategik seperti pintu masuk utama Masjidil Haram, Kawasan Sa’i, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjid Nabawi di Madinah.