Rakyat Malaysia kini merakamkan penghargaan terhadap perkhidmatan kereta api tempatan (LRT) selepas melihat video keadaan sebenar stesen kereta api di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama Hamal Siren pada Ahad lalu, beliau berkongsi pengalaman sebenar menaiki stesen kereta api bawah tanah di Amerika Syarikat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Video berdurasi 25 saat itu memperlihatkan keadaan stesen yang cukup kotor dengan sampah sarap bertaburan termasuklah di dalam trek kereta api serta dipenuhi dengan gelandangan yang tidur di atas bangku dan juga lantai.

Di dalam video sama, beliau juga terakam babak seorang lelaki gelandangan dengan selamba muntah di atas lantai tanpa menghiraukan orang lain.

Sementara di dalam koc pula, beliau menjelaskan bahawa ia sangat busuk kerana dipenuhi gelandangan yang sedang tidur sekaligus ruang tempat duduk jadi terhad.

@hamalsiren

POV as a marhaen traveler ke Los Angeles naik Train/subway #LA #losangeles #POV #fyp

♬ original sound – Hamal Siren – Hamal Siren

Selepas menyaksikan tahap kebersihan yang cukup menjengkelkan di stesen kereta api di Los Angeles, rakyat Malaysia menzahirkan rasa terima kasih ke atas pihak LRT dan MRT tempatan yang dikendalikan oleh Prasarana kerana diselanggara dengan baik selama ini.

Sumber Gambar: TikTok @hamalsiren
Sumber Gambar: TikTok @hamalsiren

Sementara itu, sebahagian netizen sempat meluahkan rasa syukur kerana tinggal di Malaysia. Walaupun negara Malaysia sering dianggap sebagai kelas ketiga, sedarlah realitinya kita masih di dalam negara yang maju membangun dengan fasiliti berkelas dunia.