David Draiman dari kumpulan Disturbed kecam Green Day terutama sekali Billie Joe Armstrong yang menukar bait lirik dalam “Jesus of Suburbia” kepada “Running away from pain like the kids from Palestine.”

Draiman sangat lantang di media sosial dalam menyokong Isr**l sejak ketegangan kembali memuncak sejak 2023.

gaza

Draiman kecam Green Day kerana dia merasa sakit hati dengan tindakan Billie Joe yang disifatkannya tidak mengambil senstiviti masyarakat Is****.

Green Day adalah kumpulan yang sentiasa lantang membuat kenyataan politik dalam muzik mereka. Mereka sering menukar lirik kepada lagu mereka untuk mencerminkan beberapa isu pada hari itu.

Perubahan biasa akhir-akhir ini telah menampilkan Armstrong menukar lirik kepada “American Idiot” untuk berkongsi bahawa mereka “bukan sebahagian daripada agenda MAGA.”

kecam green day

Baru baru ini dalam persembahan di Coachella, Armstrong telah memasukkan lirik berkaitan konflik yang berterusan antara Israel dan Palestin.

Seperti yang dinyatakan, dia menukar lirik “Jesus to Suburbia” menjadi “I don’t feel any shame I won’t apologize. When there ain’t no where we can go. Running away from pain like the kids from Palestine.”

Atau terjemahannya: “Saya tidak berasa malu, saya tidak akan meminta maaf. Apabila tiada ke mana kita boleh pergi. Lari daripada kesakitan seperti kanak kanak di Palestin.”

Lirik tersebut menarik perhatian dunia. Ada yang setuju ada yang mengecam Green Day.

Draiman kecam Green Day dan ajak Billie Joe face to face

Selepas perubahan lirik Armstrong di Coachella, vokalis Disturbed, David Draiman telah menyeru Armstrong secara terbuka melalui media sosial.

draiman

Draiman sedia bersemuka atau face to face dengan Billie Joe Amstrong dan menjelaskan apa yang berlaku dari sudut pandangan Is**** atau Yahudi.

“Tawaran terbuka kepada #BillyJoeArmstrong daripada @GreenDay. Anda tahu saya menghormati awak saudara. Saya ingin berpeluang untuk anda mendengar dari pihak Isr**l/Yahudi dalam perang ngeri ini,” tulis Draiman di media sosial.

“Saya bersedia untuk berbincang pada bila-bila masa anda berada. Tiada penghakiman, tiada apa yang diprasangkakan. Beritahu saya,” tambahnya.

Ketika konsert di Malaysia, Billie Joe turut mengibarkan bendera Palestin tanda solidariti buat masyarakat di sana. Ketika itu ada juga golongan pro Is**** di barat yang kecam Green Day. Cuma seperti biasa, Billie Joe jenis tak peduli apa kata orang.

Vokalis Green Day Kibar Bendera Palestin Semasa Konsert Di Malaysia