Jika berlaku gangguan air, pastinya akan menyukarkan kehidupan seharian kita. Terbaharu, seorang pengguna Twitter @MNasruddin telah berkongsi bagaimana dirinya menyelesaikan isu gangguan air di rumah keluarganya di Kelantan.
Tahun ni aku pernah deal dengan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Rumah parents tiba-tiba takde air. Jiran lain semua ada. Setiap hari abah aku pergi office untuk minta orang datang check. Setiap kali, jawapan sama, "Aduan dalam proses".
Lepas seminggu, aku pun hilang sebar.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) October 14, 2021
Menerusi perkongsiannya, rumah keluarganya tiada air tetapi rumah jiran mempunyai air. Malah, bapanya telah ke pejabat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membuat aduan.
Sudah seminggu tetapi tiada tindakan daripada pihak AKSB serta aduan masih dalam proses. Maka, beliau yang berang telah selidik akan akta berkaitan bekalan air negeri yang relevan untuk dimasukkan dalam surat aduan.
Bila deal dengan institusi macam ni, aduan bertulis penting, baru ada rekod. Dalam emel aku ke AKSB, aku ceritakan secara terperinci kronologi apa yang berlaku dari mula takde air, sampai ke hari-hari yang ayah aku pergi ke office untuk buat aduan.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) October 14, 2021
Nasruddin telah emel kepada pihak AKSB dan membuat aduan bertulis agar ada bukti aduan sudah dilakukan. Pihak AKSB mengatakan ayahnya tiada membuat aduan walaupun beliau menegaskan telah beberapa kali datang ke pejabat.
Dalam aduan bertulis tersebut, Nasruddin telah menceritakan kronologi dari hari tiada air sehinggalah telah membuat aduan di pejabat AKSB.
Aku pun bagitahu yang aku dah emelkan aduan dan minta pihak AKSB ambil tindakan segera. Aku sebutkan yang kegagalan pihak AKSB ambil tindakan segera dah langgar statutory duties dalam akta tu. Aku tak ingat dah seksyen berapa. Aku mintak pemeriksaan dibuat dalam masa 24 jam.
— Nas Rahman (@nas_rahmann) October 14, 2021
Malah, Nasruddin turut menuntut pihak AKSB agar datang membuat pemeriksaan dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil.
Tidak sampai 24 jam, pihak AKSB telah datang ke rumah keluarganya dan menyelesaikan hal tersebut.
Susulan thread saya semalam berkaitan aduan ke AKSB, saya dapat banyak permintaan untuk kongsikan kandungan emel yang dihantar dan akta yang berkaitan.
Jadi di sini saya kongsikan kandungan emel yang saya hantar bagi pihak abah saya ke pihak AKSB. pic.twitter.com/vdFhFwN98G
— Nas Rahman (@nas_rahmann) October 15, 2021
Tambahnya, bukan semua orang tahu prosedur untuk aduan bertulis terutama sekali warga emas di kampung. Malah, ramai yang ingat pergi ke pejabat air buat aduan sudah selesai tetapi sebaliknya dimana tiada rekod pun.
Nasruddin turut berkongsi kandungan emel dihantarnya untuk jadi rujukan mereka yang memerlukan kelak. Jika anda berdepan masalah gangguan air, cubalah cara ini untuk membuat aduan.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Kesal Beli Rumah Tanpa Ilmu, Wanita Ini Terpaksa Bayar Hak Milik Strata Berjumlah RM15,000
Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen Risau
‘Surat Letak Jawatan Terbaik Yang Pernah Saya Dapat’ – Rafizi Ramli Kongsi Tips Berhenti Kerja