Terbaharu, Norlia Ghani iaitu seorang pelakon telah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap kurang berdisiplin segelintir penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Menurutnya, beliau yang sudah tiga tahun tinggal di kawasan PPR di Cheras akui geram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara dan juga sering berdepan masalah parkir dan lif rosak.
Sebelum dirinya berpindah ke kawasan PPR tersebut, dirinya tidak pernah berdepan dengan situasi seperti itu dan jika diberi peluang untuk berpindah ke kawasan PPR yang lain.
Tambahnya, dirinya turut pernah mengadukan permasalahan seperti lif rosak dan jiran bertukang pada waktu malam kepada ketua blok, namun tiada sebarang tindakan diambil.
Walaupun berdepan dengan masalah ini tetapi dirinya masih berterima kasih atas keprihatinan kerajaan memberikannya rumah berkenaan. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan kawasan miskin bandar di Pulau Pinang yang dipenuhi sampah.
Terlalu Kotor Dan Berbau, MAINJ Diminta Bersihkan Rumah Transit Keluarga Asnaf
Tinggalkan Najis Dan Bil Tidak Berbayar, Tuan Rumah Dedah Sikap ‘Penyewa Dari Neraka’