Umum mengetahui bahawa cop parkir dengan menggunakan kon, pasu bunga dan sebagainya di kawasan terbuka atau awam merupakan satu kesalahan.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @syaamil_ telah berkongsi beberapa keping gambar dan mengeluh apabila ada segelintir orang yang masih mementingkan diri cop parkir kereta dengan meletakkan kon.
Bila hang budget ppr tapi nafsu kondo end up jadi bodo pic.twitter.com/QIVwGGhxQM
— Tepung Pelita (@syaamil_) May 3, 2022
Menerusi perkongsiannya, segelintir penduduk di kawasan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai di Pantai Dalam bertindak untuk cop parkir walaupun parkir di kawasan tersebut mengamalkan sistem terbuka atau bahasa mudahnya ‘siapa cepat dia dapat’.
Malah, dia berasa kecewa dengan sikap dan mentaliti segelintir penduduk di kawasan rumah PPR tersebut kerana tempat letak kereta itu bukanlah dibayar individu yang cop parkir.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu yang cop parkir sedangkan ia merupakan satu kesalahan.
Ada juga musibat dari rumah flat pindah kondo bawak perangai ppr dia tu. Sampah tak reti pack betul-betul. Dah ada chamber dengan tong pun buang atas lantai. Macam gampang. https://t.co/PwdB05A1a8
— Akif Maverick (@akifmedes) May 5, 2022
aku tak faham jenis letak kon cop parking open macam ni. sama la yang duduk rumah teres pun. terpaling reserve untuk dia macam tu tapak dia bayar monthly rm500😂 https://t.co/OcsyZR0FXO
— iss (@iskandarkhalid_) May 5, 2022
https://twitter.com/azam_izamie/status/1521920932335751168
Ye bila org parking tmpt dia pastu mula cmpk minyak la sampah la calar la duduk bandar tapi mentaliti kolot https://t.co/Lq5wh62dOV
— fA10 (@fatynsha) May 4, 2022
Malah, ada juga netizen mengatakan hal seperti ini sering terjadi di kawasan PPR dan telah dianggap perkara biasa. Walaupun isu ini telah banyak kali di suarakan tetapi masih belum ada jalan penyelesaian.
Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalihkan kon cop parkir dan meletakkan kenderaan mereka tetapi kereta mereka menjadi mangsa ‘vandalisme’ seperti dicalarkan, diletakkan sampah dan sebagainya. Isu ini mungkin dapat diselesaikan jika berlakunya campur tangan pihak berkuasa.
Sementara itu, Norlia Ghani yang tinggal di kawasan PPR berhasrat mahu pindah disebabkan mentaliti segelintir penduduknya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Kecewa Sikap Segelintir Penduduk PPR, Norlia Ghani Berhasrat Mahu Pindah Rumah
‘Mintalah Pada Allah’ – Respon Guru Ini Selepas Rampas Telefon Pelajar Undang Perdebatan Netizen