Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) sedang menjalankan siasatan ke atas sebuah sekolah di negeri itu yang menjemput seorang pempengaruh atau influencer media sosial untuk merasmikan majlis akademik.
Baru baru ini, influencer Faiz Soul telah memuat video di akaun Tik Tok miliknya menunjukkan dia diberikan penghormatan untuk merasmikan majlis akademik di sebuah sekolah.
@faizsoul_ Saya Bukan YB, Saya Cuma Seketul Faiz Yang Menjadi Perasmi Majlis “Anugerah Akademik Mudzaffar Shah” SK Sultan Mudzaffar Shah #faizsoul #Jussedapfaiz #tiktoklive
♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92
Netizen mempersoalkan tindakan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang menjemput influencer untuk merasmikan majlis akademik yang dianggap majlis rasmi itu.
Lantas JPN dalam kenyataannya menegaskan bahawa mereka memandang serius perkara itu dan mengingatkan bahawa setiap sekolah harus mengikuti garis panduan khas dalam menjemput mana mana tokoh untuk perasmian majlis akademik.
Dalam kenyataannya JPN berkata”: “Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memandang serius isu jemputan seorang pemengaruh media sosial merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri ini.
“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuatkuasa.
“JPN Kedah mengingatkan semua pentadbir sekolah untuk memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan.
“Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.
@bharianmy JPN Kedah siasat isu pempengaruh media sosial rasmi majlis akademik sekolah di Sungai Petani beritaditiktok