Sebuah kedai kopi di Kedah baru-baru ini mendapat perhatian ramai selepas meletakkan papan tanda yang melarang pelanggan daripada bercakap mengenai politik di premis tersebut.

Papan tanda luar biasa ini dilihat di kopitiam bernama Kedai Kopi Shi Gong yang terletak di Alor Setar, di mana ia menulis: ‘Kedai ini melarang keras perbincangan tentang politik.’

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Papan tanda tersebut sememangnya mencetuskan reaksi pelbagai oleh netizen yang kebanyakannya menyokong penuh larangan tersebut. Bagaimanapun sebahagian lagi merasakan bahawa kopi tanda politik membosankan.

Melalui laporan dari China Press, dalam temuramah dengan Chen, pemilik kedai tersebut mendedahkan bahawa papan tanda tersebut sebenarnya dilekatkan oleh pelanggan sendiri.

Menurut Chen, papan tanda itu dilekat selepas berlaku satu kejadian di mana perselisihan pendapat diantara pelanggan mengenai politik.

“Selepas mereka pergi, mereka kembali dengan papan tanda dua jam kemudian. Mereka pada mulanya mahu melekat dua papan tanda tersebut, tetapi saya mencadangkan untuk menggunakan satu sahaja.

“Ramai pelanggan telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai papan tanda itu dan saya memberi jaminan bahawa mereka masih boleh bercakap tentang politik kerana tiada sekatan ke atasnya,” katanya.

Tambah Chen, dia mahu menanggalkan papan tanda itu lebih awal tetapi terlupa kerana sibuk bekerja. Bagaimanapun, sejurus selepas gambar papan tanda itu tular, kakitangannya menanggalkannya.