Kuala Lumpur sering menjadi lokasi pilihan buat para pemilik bisnes untuk beroperasi kerana demografi pelanggan yang lebih baik dan meluas berbanding di negeri lain.

Namun pendekatan berbeza yang diambil oleh seorang pemuda bernama Thomas apabila menafikan teori mengenai ‘pasaran yang lebih kecil’ di negeri lain dan berkata bahawa menjalankan perniagaan makanan di Ipoh boleh menjadi sebaik seperti di KL.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: WOB

Menurut WOB, Thomas berkongsi pada tahun lalu, jualan tahunannya untuk bisnes tersebut melebihi RM1.3 juta. Malah, beliau juga sedia berkongsi rahsia perniagaannya bagaimana untuk mengekalkan jumlah keuntungan yang sama pada setiap bulan.

Sumber Gambar: WOB

“Pelanggan di Ipoh lebih mementingkan kualiti, bukan harga,” kongsinya.

Thomas berkata bahawa beliau menjalankan perniagaannya dan mampu mengekalkan kejayaan itu dek kerana mengutamakan keperluan pelanggan. Oleh itu, Thomas akan melakukan pemeriksaan kualiti secara menyeluruh lebih-lebih lagi dalam aspek kesegaran dan kualiti bahan-bahan yang digunakan.

Sumber Gambar: WOB

Bagi pemilik Classic Mealody Kopitiam, apa-apa sahaja yang tidak memenuhi kriterianya sama ada saiz atau tahap kesegarannya, tanpa ragu-ragu Thomas bakal mengembalikan bahan tersebut kepada pembekal.

“Saya meletakkan standard yang sangat tinggi apabila ia berkaitan dengan bahan -bahan, jadi saya menguruskan semuanya sendiri. Saya secara peribadi percaya bahawa keikhlasan terhadap pelanggan adalah perkara paling penting,” ujarnya lagi.

Thomas juga mendapati bahawa majoriti pelanggan di Ipoh lebih mementingkan kualiti, dan kebanyakkan mereka tidak mengambil kisah tentang harga yang dikenakan. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, banyak vendor menggunakan bahan yang lebih murah tetapi tidak bagi Thomas.

Sumber Gambar: WOB

Bahkan, beliau percaya pelanggan di Ipoh memang memiliki ‘lidah gourmet’ yang mana boleh mengesan perbezaan rasa atau kualiti sesuatu juadah makanan dengan mudah.

“Saya bertegas tidak akan merendahkan standard atau kualiti saya. Pada pandangan saya, anda juga boleh bertahan di Ipoh dengan menjalankan perniagaan, tidak hanya di KL atau Singapura sahaja,” kongsinya lagi berhubung kualiti dan standard yang perlu dikekalkan pada setiap masa.

Sumber Gambar: Xiangshu

Selain sudah menjalankan bisnes kopitiam ini selama dua tahun, beliau juga sempat mendedahkan bahawa dirinya berasal daripada KL dan masih memilih untuk menjalankan perniagaan di Ipoh tidak seperti orang lain.

Sumber