Sebuah kedai kopi di Shah Alam nampaknya terpaksa membayar harga yang mahal apabila menggunakan seorang pemengaruh media sosial atau ‘influencer’ dalam kandungan media sosial mereka.

Mukarami Coffee USJ 21 yang terletak di Shah Alam sebelum ini tular selepas pemengaruh media sosial DD Chronicles mengumumkan bahawa dia adalah pemilik baharu kedai kopi tersebut.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk pengetahuan umum, DD adalah seorang ‘influencer’ yang terkenal di TikTok dengan kandungan gubahan lagu yang unik.

Pada Pilihan Raya Negeri 2023 yang lalu, DD secara terang menunjukkan sokongan kepada Perikatan Nasional, gabungan politik pembangkang.

Disebabkan pengumuman ini, orang ramai, terutamanya mereka yang tinggal di Shah Alam dan penyokong parti politik gabungan PH-BN telah bertindak memboikot kedai tersebut.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mukarami Coffee pada 21 Ogos 2023, mereka menafikan bahawa telah berlaku pertukaran pemilik seperti yang ditularkan di media sosial.

Tambah mereka lagi, Puan Azlina masih kekal sebagai pemilik dan pengurus kafe tersebut dan apa yang terjadi sebelum ini hanyalah sebuah rakaman kandungan untuk dimuat naik di media sosial nanti.

“Semasa pilihan raya negeri baru-baru ini, DD secara terbuka menunjukkan kesetiaannya kepada Perikatan Nasional, khususnya menyokong PAS.

“Ini membawa kepada terciptnya pelbagai parodi dan lagu mengenai Pakatan Harapan. Sebagai tindak balas, pada pagi 20 Ogos 2023, kumpulan Facebook “Walaun PAS buat lawak apa hari ini” menggesa boikot perniagaan yang dikendalikan oleh DD, termasuk Kopi Mukarami.

“Menjelang jam 6 pagi, kami mendapati ulasan 1 bintang  mendadak naik di Google Review dan Facebook. Siasatan kami mengesan asal usul boikot ini melalui kumpulan yang disebutkan di atas,” kata kenyataan Mukarami Coffee.

Susulan kejadian ini, pihak kafe telah pun menfailkan laporan polis dan turut melaporkan kepada SKMM.

Mereka juga mengingatkan kepada para pelanggan bahawa pihak kafe mengambil dasar berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana gagasan politik.