Kedai yang membolehkan anda membuat bayaran sendiri tanpa memerlukan sebarang juruwang mungkin sesuatu yang baru di negara kita. Teknologi ini telah lama diimplementasi di negara-negara Eropah dimana pengguna boleh membuat pilihan untuk membayar sendiri atau secara manual iaitu dengan beratur sementara juruwang mengemaskini barangan anda.

Seorang pakar IT di Sweden mengambil sebuah langkah yang lebih ekstrim dengan membuka sebuah kedai yang tidak mempunyai walau seorang pekerja atau juruwang. Bukan itu sahaja, mesin juruwang juga tidak ada pada kedai runcit ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

SES-Obemannad-Butik-3

Idea Robert Ilijason ini bermula di suatu malam apabila beliau tanpa sengaja menjatuhkan stok makanan bayi buat anaknya yang sedang kelaparan pada waktu itu. Situasi ini mendesak Ilijason untuk memandu sejauh 20 minit semata-mata untuk mendapatkan makanan bayi yang kehabisan pada waktu itu. Sudahlah jauh memandu, banyak kedai yang tutup pula.

Ilijason membuat keputusan untuk mempunyai sebuah kedai runcit yang sentiasa beroperasi 24 jam tanpa memerlukan sebarang pekerja dan juruwang. Pengguna boleh membuka pintu kedai runcit ini hanya menggunakan telefon pintar.

598x427x0305na1.jpg.pagespeed.ic.Ov0MUfDOXO

Bukan itu sahaja, memandangkan rakyat Sweden terkenal dengan kejujuran mereka, Ilijason mengambil inisiatif dimana setiap pengguna hanya perlu meletakkan senarai barang yang diambil dari kedai ke dalam telefon pintar mereka. Seterusnya, invois barang yang diambil akan dihantar kepada pengguna pada setiap bulan. Hebat bukan?

Kami tertarik untuk mengetahui bagaimana reaksi pengguna Malaysia apabila kedai sebegini diumumkan di Malaysia dan bagaimana operasinya membantu rakyat Malaysia. Apakah pendapat anda tentang kedai runcit yang mempunyai konsep yang canggih ini? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah.