Sekiranya anda pernah ke Bukit Bintang, pastinya anda cukup tahu di mana kawasan tersebut mempunyai beberapa kedai Shawarma popular yang mempunyai pekerja asing yang ramai. Malah, ramai yang sanggup ke Bukit Bintang semata-mata untuk mencuba shawarma di kawasan ini.

Terbaharu, siapa sangka kedai yang tidak pernah lekang dengan pelanggan ini dikatakan mempunyai pekerja yang tidak mempunyai permit yang lengkap dan sah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @amirul_70u, dapat dilihat pihak imigresen yang hadir dengan lori telah menyerbu kedai shawarma Damascus di Bukit Bintang ini. Berdasarkan sebuah lagi perkongsian video, didapati pekerja kedai ini terpaksa keluar dari kedai selepas diserbu pihak berkuasa.

@amirul_70u

Damascus bukit bintang pesta ini malam #fypシ゚viral #fypage #damascusbukitbintang

♬ bunyi asal – The Black – The Black

@chef_arizal_pitboybbq

Damascus Bukit Bintang kene operasi

♬ original sound – ChomsBETTA_ – ChomsBETTA_

Perkongsian video yang dibuat mengenai kedai Damascus ini telah mendapat perhatian para netizen yang terkejut mendapati kedai popular ini masih lagi mempunyai pekerja yang tidak mempunyai permit yang sah.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang berharap lebih banyak lagi penguatkuasaan dibuat oleh pihak berkuasa dalam menangani isu pekerjaan asing tanpa permit dalam negara tanpa mengira pekerja asing dari India, Bangladesh mahupun dari negara Arab.