Persatuan Bola Sepak Perancis telah membuat keputusan mengenai masa depan pengurus pasukan, Didier Deschamps selepas The Blues tewas di tangan pada peringkat separuh akhir Euro 2024.

Kekalahan kepada Sepanyol serta barisan pemain terutamanya jentera serangan gagal mempamerkan aksi bertenaga jelas menjadi topik utama dalam kem Perancis.

Baca Juga:

Malah, media di sana turut mengkritik corak permainan diterapkan oleh Deschamps serta pemilihan pemain dilakukanya hingga ada yang menyarankan supaya beliau digantikan dengan seorang lagi legenda Perancis, Zinedine Zidane.

Tekanan itu bagaimanapun tidak dihiraukan FA Perancis yang diketuai Philippe Diallo dimana beliau masih meletakkan kepercayaan penuh terhadap Deschamps.

“Beliau memang mempunyai kontrak [hingga 2026] dan telah mencapai objektif yang diberikan kepadanya.”

“Dan apabila kita melihat kerjayanya sebagai ketua pasukan Perancis, ia luar biasa. Didier memimpin pasukan ini dengan cara terbaik semasa kejohanan Euro.”

“Saya tidak melihat sebarang alasan untuk mempersoalkan kontraknya. Keputusan-keputusan yang dikecapinya terdahulu menyokongnya dan objektif telah tercapai. Didier akan meneruskan misinya.”

“Kita akan berbincang bersama dalam beberapa hari akan datang untuk menganalisis dengan lebih mendalam apa yang kurang pada perlawanan separuh akhir ini dan apa yang boleh membolehkan kita melangkah lebih jauh.”

“Dalam sebulan yang lalu, saya telah melihat banyak profesionalisme dan usaha untuk mencapai kecemerlangan. Kita perlu terus menggerakkan pasukan Perancis dalam arah ini,” ujar Diallo menurut sumber laporan Evening Standard.