Menurut laporan yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) kedudukan Malaysia dalam daya saing dunia IMD meningkat dua anak tangga di tangga ke-22 berbanding tahun lepas di tangga ke-24.


Lebih membanggakan lagi, Malaysia ialah satu-satunya negara Asia Tenggara yang menunjukkan peningkatan kedudukan berikutan dengan usaha pemulihan ekonomi yang kukuh terutamanya ekonomi yang melibatkan perdagangan antarabangsa.
Amerika Syarikat pula melonjakkan kedudukannya dari tangga ke-4 tahun lepas kepada kedudukan pertama tahun ini sekaligus meletakkan Hong Kong ke tangga yang ke-2 berikutan dengan peningkatan prestasi ekonomi, manakala negara jiran iaitu Singapura kekal pada tangga ke-3.