Jika Paris sudah cukup terkenal dengan kegiatan sindiket penyeluk saku yang menyasarkan para pelancong yang berada di tempat awam, kini Malaysia pula menerima nasib yang sama.

Pendedahan ini dibuat oleh sebuah akaun TikTok @user999 baru-baru ini yang berjaya menghidu kegiatan sindiket penyeluk saku yang berlaku di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur.

Difahamkan dia sebenarnya pada awalnya hanya merakam saat berjalan bersama keluarga tersayang dan namun hanya menyedari selepas melihat semula video tersebut. Dan mendakwa adiknya merasakan beg sandang seperti ditarik oleh seseorang sewaktu kejadian.

“Rakaman ini telah diambil sebelum insiden cubaan menyeluk saku berlaku. Ketika itu, saya hanya merakam persekitaran secara santai.

“Namun, selepas kejadian itu, saya menonton semula klip tersebut dan mendapati ada sesuatu yang mencurigakan,” ujarnya.

Di dalam penerangan lanjut:-

” Baru sebentar tadi, saya dan keluarga hampir menjadi mangsa cubaan mencuri saku oleh sekumpulan tiga individu di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur (sekitar Pavilion).

Pada mulanya, mereka menyasarkan beg adik saya. Namun, adik saya menyedari sesuatu yang tidak kena. Dia malah merasa seperti ada seseorang yang menarik begnya. Saya dengan pantas mengeluarkan telefon untuk merakam, tetapi saya tidak sempat merakam saat tepat mereka sedang memerhatikan beg kami.

Kemudian, mereka beralih pula menyasarkan nenek saya. Salah seorang daripada mereka sudah pun bersedia dengan tangannya berhampiran beg nenek.

“Nasib baik, adik saya bertindak pantas dan bergerak mendekati nenek. Sebaik sahaja mereka perasan bahawa kami menyedari niat jahat mereka, mereka terus melarikan diri.”

@blaaablaablaa4

❗️PICK POCKET❗️ BUKIT BINTANG KUALA LUMPUR (PAVILION) This was recorded before the incident happened. I was just casually filming the surroundings. But after what happened, I rewatched the clip and noticed something suspicious. It looks like the same two individuals were walking behind my second sister, and one of them seemed to be eyeing her bag. When they realised I was recording, they didn’t continue. I also noticed the guy in the blue shirt appeared to be targeting my mom’s bag, but because my sister was taking a photo of my mom at that moment, he didn’t proceed. This is just to raise awareness. sometimes we don’t even realise what’s happening right behind us. Please watch carefully and stay alert in crowded places. ❗️❗️❗️If anyone doesn’t understand, please check the previous video I posted. The full explanation about the incident is there.❗️❗️❗️

♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Susulan pendedahan itu, warga netizen tempatan meluahkan rasa kerisauan dengan tahap keselamatan yang semakin tergugat dan ada yang mencadangkan untuk membanteras dengan membawa penyembur cat yang mana menjadi alat penting untuk tinggalkan kesan pada pencuri atau penyeluk saku seperti yang dibuat di Paris.