Pengguna Twitter mula berteka-teki di laman Twitter mengenai sebuah sosok misteri berjubah hitam yang muncul semasa hari pertabalan Raja Charles III.

Sosok misteri itu kelihatan membalut badannya dengan jubah hitam dan membawa sebatang kayu panjang, seolah-olah seperti sabit telah ditangkap melalui kamera yang merakam hari pertabalan tersebut.

Baca Juga:

Kejadian ini telah menimbulkan kekecohan di kalangan netizen, di mana mereka mempersoalkan sama ada figura yang disyaki sebagai Grim Reaper itu benar-benar melintasi pintu atau hanya imaginasi mereka.

Rakaman yang kini meraih sehingga 2 juta tontonan di laman Twitter itu turut tular di TikTok, di mana ia telah ditonton lebih dari 8 juta kali.

“Adakah anda lihat Grim Reaper di Westminster Abbey?” seseorang menulis di Twitter. “Saya perasan dia! Apa yang dia cari?” seseorang menjawabnya.

Tidak diketahui siapa sebenarnya sosok tersebut, tetapi orang ramai percaya bahawa dia adalah salah seorang pendeta yang ditugaskan semasa hari pertabalan.

Untuk rekod, Grim Reaper ialah personifikasi mitos kematian yang  banyak didapati dalam cerita rakyat.

Selalunya digambarkan sebagai sosok yang berjubah hitam dan membawa sabit, Grim Reaper dikatakan bertanggungjawab untuk mengumpulkan roh si mati dan membimbing mereka ke alam akhirat.