Persoalan mengapa Aaron Aziz berada di premiere filem ‘Extraction 2’ dan ‘misteri kehilangan’ Iedil Dzuhrie selepas pulang dari Manila bagi menghadiri majlis yang sama, terjawab semalam.

Netflix Malaysia telah berkongsi satu video promosi ‘Extraction 2’ yang dibintangi oleh Chris Hemsworth.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video promosi ‘Pudu Extraction’, Aaron dan Fify Azmi berganding bahu untuk menyelamatkan Iedil yang ditahan di atas pintu masuk penjara Pudu.

Sebelum memulakan operasi menyelamat, Aaron membuat panggilan video untuk mendapatkan tips daripada pakar menyelamat dalam situasi berbahaya, Chris dan Sam Hargrave.

@netflixmy

@chrishemsworth + @therealaaronaziz + @fifyazmiofficial = A 🔥💪💥 #PuduExtraction Mission! Saksikanlah camne hero2 tempatan kita menyelamatkan @iedilpunya yang ditawan di pintu gerbang Penjara Pudu 😱 yang mempunyai kisah dan sejarahnya tersendiri dengan tip-tip awesome dan surprise 😉 dari Chris Hemsworth dan Sam Hargrave dari Extraction2.

♬ original sound – Netflix Malaysia – Netflix Malaysia

Selepas diberikan tips, Aaron dan Fify memulakan kerja-kerja menyelamat seakan-akan dalam filem ‘Extraction 2’ yang sedang top di kalangan penonton Netflix Malaysia. Semasa bertarung, Aaron mengejutkan penonton apabila menghunuskan keris melawan penculik.

Pada akhir video tersebut, Aaron dan Iedil bertemu dengan Chris untuk mengucapkan terima kasih dan memberikan keris yang digunakan kepada pelakon antarabangsa tersebut.

Sumber Gambar: FB Netflix Malaysia
Sumber Gambar: IG Netflix Malaysia
Sumber Gambar: IG Netflix Malaysia

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial, ramai yang mahukan Aaron Aziz diberikan peluang untuk berlakon di filem Hollywood di bawah siaran Netflix.

Netizen juga ‘bersyukur’ Iedil sudah ditemukan semula selepas ‘dilaporkan’ hilang. Terima kasih kepada Aaron, Fify, Chris dan Sam!