Peminat-peminat siri Marvel Avengers: Infinity War pasti ternanti-nanti tayangan filem ini di Malaysia. Berbaki dua bulan sahaja lagi sebelum filem ini ditayangkan, nampaknya Marvel sudahpun meninggalkan ‘hint’ yang mengesahkan kematian salah satu Superhero dalam filem ini.

Menurut penulis skripnya, Stephen McFeely, mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada salah satu watak Avengers ini. Kenyataan ini disokong oleh pengerusi Marvel Studio, Kevin Feige, yang mengatakan idea pengakhiran ini menjadi lebih menarik kerana ianya lain dari apa yang kita sering lihat dalam siri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

infinitywar-165817-197401-214379

Pasti sedih pengakhiran filem kali ini. Agak-agak, siapa superhero yang bakal buat kemunculan terakhir dalam Infinity War ini? Bagi peminat filem ini yang sudah tidak sabar untuk menantikan tayangan di pawagam, tonton dahulu trailernya di sini.