Dalam kalangan penduduk Malaysia, masih ramai yang belum mengetahui kewujudan Pulau Rawa yang merupakan pulau yang tersangat indah ini di Malaysia.

Pulau Rawa merupakan sebuah pulau ibarat mutiara yang tersimpan rapi yang wujud di negeri Johor di mana ianya terletak kira-kira 16km diluar pesisiran laut Johor dan juga berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau Besar, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi.

pr7
PEMANDANGAN PULAU RAWA, MERSING JOHOR

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir yang bersih yang boleh membuat anda terpegun dengan pasirnya dengan hanya sekadar melihat dari jauh. Bahkan air lautnya yang sangat cantik dan bersih dapat mendamaikan pandangan dan sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda.

SAMSUNG CSC

IMAG2560

Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa tersangatlah cantik dengan kejernihan airnya yang kehijauan dan kebiruan apatah lagi ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan di laut. Anda juga berpeluang untuk melihat sendiri pemandangan  dalam air dengan melihat batu karang dan ikan-ikan yang cantik dengan melakukan aktiviti scuba dengan syarat anda telahpun mempunyai lesen scuba untuk memudahkan proses pendaftaran.

6-aktiviti-menarik-di-pulau-rawa-johor-maldives-malaysia-Resort pr11

Kepada mereka yang menyukai keindahan alam, Pulau Rawa hill top bakal menjadi tarikan sampingan buat anda dengan menaiki ke puncak bukit dan anda akan terpesona dengan pemandangan di atas bukit ketika waktu senja dan juga waktu matahari terbit.

SAMSUNG CSC

Hilltop-View-at-Pulau-Rawa
PEMANDANGAN INDAH BUKIT, PULAU RAWA

Pulau Rawa sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan mereka yang inginkan berehat dari tekanan dan ketegangan kehidupan moden. Rawa Island Resort adalah salah satu resort yang ada di sana dan bolehlah buat tempahan di sini jika berminat.