Pasukan Malaysia bakal dibarisi oleh beberapa pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan seperti Indra Putra Mahyudin, Razman Roslan dan Manaf Mamat bagi menghadapi kejohanan 7s Asia.
Skuad Malaysia dibimbing oleh Sulaiman Hussin yang diundi dalam kumpulan B bersama-sama India, Filipina dan Hong Kong dalam majlis undian yang berlangsung pada 11hb September lalu.
Baca Juga:
- Kualiti Padang Teruk, Venue Aksi Gwangju FC Menentang JDT Ditukar
- ‘Kerajaan Siap Bantu Setiap Pasukan, Apa Lagi Anda Mahu?’ – Tunku Ismail
- ’90 Peratus Padang Dalam Negara Masih Teruk’ – Tunku Ismail
Selain tiga pemain di atas, antara pemain yang dipilih untuk memperkuatkan pasukan negara termasuk Fazli Zulkifli, Adib Aizuddin, Amer Saidin, Abdul Latiff Suhaimi, Fandi Othman, Kisshaen Ananthan, Wan Mohammad Faiz Wan Sulaiman, Ahmad Azriddin Rosli, Faiz Mazlan, Ahmad Azim Mohammad, Navin Das Arokiadass dan Rafie Mat Yaacob.
Sementara itu, dua penjaga gol yang disenaraikan oleh Sulaiman ialah Muhammad Nor Haziq Mohd Haris dan Izzat Abd Rahim.
Pengurus skuad Malaysia, Shahrizin Shaharudin menjelaskan pemain-pemain ini dipilih oleh Sulaiman selepas mengadakan beberapa sesi latihan percubaan sepanjang tiga minggu lepas.

“Setelah mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak konvensional, kami percaya bekas pemain ini berminat untuk membuktikan diri mereka sekali lagi apabila mereka memakai pakaian Malaysia warna dalam permainan bola sepan yang lebih kecil,” katanya
Pasukan Malaysia akan diketuai oleh Razman Roslan, yang merupakan ahli pasukan yang memenangi kejohanan Piala AFF pada 2010.
Malaysia akan membuka saingan dengan menentang India pada jam 6 petang diikuti dengan Filipina selang empat kemudian pada 10hb Oktober. Pada hari berikutnya, Malaysia akan turut menentang Hong Kong pada jam 4.30 petang untuk aksi terakhir peringkat Kumpulan B.
Kejohanan 7s Asia edisi kali ini dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 13 Oktober di EV Arena, Shah Alam.