Sejak pagi tadi tular sebuah video rakaman orang awam berkenaan provokasi seorang lelaki terhadap penguatkuasa yang sedang bertugas. Dapat dilihat penguatkuasan berkenaan dimaki dengan kata-kata kesat dan masih belum diketahui apa yang menyebabkan lelaki berkenaan naik angin.
Video berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Izzan Rashid. “Enforcement bukan kerja yang mudah, bukan kerja makan gaji buta tau. Kena tahan maki, mental dan fizikal kena kuat. You got my respect bro! Awak memang kental! Steady Majlis Perbandaran Kuala Selangor,” tulis Izzan.
Dalam video berkenaan, penguatkuasa berkenaan kekal tenang dan tidak melayan segala provokasi yang dibuat oleh lelaki tersebut walaupun dimaki bertubi-tubi dan diugut. Cara penguatkuasa itu mengawal keadaan menerima pujian daripada netizen.
respect walaupun di provoke kekal tenang. Tindakan ini boleh ditangkap dan disiasat di bawah kesalahan Menghalang Penjawat Awam Menjalankan Tugas serta mengeluarkan kata-kata kesat.
— iamariel 🇵🇸 🇲🇾 (@ariel1560) January 5, 2022
aku rasa bro majlis tu fikir eh nasib baik aku pakai uniform, kalau tak mmg patah dua badan mamat botak keding ni aku kerjakan. apa2 pun terbaik abg majlis 👍👍 https://t.co/RNlgUmpSCZ
— Shakes (@zyozyo789) January 5, 2022
Berdasarkan maklum balas daripada penduduk setempat, lelaki berkenaan sebenarnya mempunyai masalah mental dan ‘perkara biasa’ apabila dia tiba-tiba naik angin dan bertindak sedemikian.
Begitulah antara karenah manusia yang terpaksa dilalui oleh pegawai penguatkuasa. Anda pernah berdepan dengan situasi seperti ini sebelum ini?
Ini contoh beberapa bentuk provovokasi lain yang pernah berlaku terhadap pihak berkuasa. Baca lagi pada pautan di bawah.
Cemerlang Elak Provokasi Pemandu Wanita Di Sabah, Sikap Profesional Polis Trafik Ini Dipuji Netizen
Padah Cetus Provokasi Terhadap Polis Bantuan, Pelajar Asing Kini Ditahan Polis
Anggota Bomba Diserang Kerana Didakwa Lewat Tiba Padam Kebakaran