Kelab Bodo Glimt menjadi kelab Norway pertama mara ke separuh akhir pertandingan Eropah. Ini apabila Kelab Bodo itu menyingkirkan Lazio untuk mara ke separuh akhir Liga Europa UEFA.

Pemain pemain Bodo teruja meraikan kejayaan tersebut. Ini apabila Bodo menewaskan kelab Itali, Lazio menerusi penentuan sepakan penalti yang dramatik di Stadio Olimpico, Rom.​

kelab bodo

Walaupun Lazio bangkit daripada kekalahan 0-2 pada perlawanan pertama dengan kemenangan 3-1 di laman sendiri, menjadikan agregat 3-3, Bodo/Glimt menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Gol-gol Lazio dijaringkan oleh Taty Castellanos, Tijani Noslin, dan Boulaye Dia. Namun, Andreas Helmersen menyamakan kedudukan agregat dengan tandukan pada minit ke-109, walaupun beliau kemudian dilayangkan kad merah.​

Kelab Bodo cipta sejarah

Dalam penentuan penalti, penjaga gol Bodom, Nikita Haikin, muncul sebagai wira dengan menyelamatkan sepakan daripada Loum Tchaouna dan Castellanos, sementara Noslin turut gagal menyempurnakan sepakan.

tati

Walaupun Patrick Berg terlepas peluang untuk memastikan kemenangan lebih awal, Haikin memastikan kejayaan dengan menyelamatkan sepakan penalti terakhir Lazio, memberikan kemenangan 3-2 kepada Kelab Bodo Glimt dalam penentuan penalti.​

Kemenangan ini bukan sahaja membawa Bodo Glimt ke separuh akhir menentang Tottenham Hotspur, tetapi juga menjadikan mereka kelab Norway pertama yang mencapai tahap ini dalam pertandingan kelab utama UEFA.​

Penjaga gol Bodo, Haikin menyatakan, “Ini adalah sesuatu yang besar. Kami sangat gembira. Ia bersejarah, bukan sahaja untuk Bodo Glimt tetapi untuk seluruh bola sepak Norway.”​

Ini kejayaan bola sepak Norway!

Jurulatih Kjetil Knutsen menambah, “Saya tidak percaya pada keajaiban, saya percaya pada perjalanan kami. Hari ini, keajaiban bersama kami. Kami bermain dengan cemerlang dan sangat bangga berada di separuh akhir pertandingan Eropah ini.”

Kelab Bodo Ini Jadi Pasukan Norway Pertama Layak Ke Semifinal UEL