AEK Athens kini berdepan tindakan daripada UEFA selepas penyokongnya mengibarkan bendera Palestin ketika aksi kelayakan Liga Persidangan Eropah pusingan kedua – menentang kelab Hapoel Be’er Sheva.

Perlawanan berisiko tinggi

Sebelum perlawanan, UEFA telah melabel perlawanan ini sebagai aksi berisiko tinggi dari segi keselamatan. Perlawanan pertama aksi timbal balik berlangsung di OPAP Arena di Athens ini berakhir dengan kemenangan tuan rumah.

UEFA sudah memberikan amaran kepada penyokong tuan rumah agar tidak mengibarkan sebarang sepanduk, placards atau bendera yang berbaur politik, rasis, diskriminasi, dan sebagainya. Ini untuk menjaga hati penyokong Haopel Be’er Sheva daripada terguris.

UEFA dan pihak keselamatan stadium meningkatkan kawalan keselamatan telah memberitahu bahawa kamera litar tertutup dalam stadium dan di luar stadium akan dipantau secara langsung oleh polis.

greece

Peningkatan keselamatan berikutan protes baru-baru ini di Greece berkaitan kekejaman berlaku Gaza. Awal minggu ini, sebuah kapal persiaran yang membawa pelancong I*rael berlepas dari pulau Syros tanpa menurunkan penumpangnya selepas lebih 150 penunjuk perasaan berkumpul di pelabuhan sebagai protes.

Dalam beberapa insiden berasingan melibatkan ketegangan antara pelancong Isra*l dan penunjuk perasaan pro-Palestin turut dilaporkan di pulau Rhodes.

Sebelum ini rakyat Greece menghalau presiden Isr*el daripada negara mereka. Ini selepas Netanyahu dilaporkan bersembunyi bersama pegawai kanan dan keluarganya di Greece selepas menyerang Iran.

Rakyat Greece Halau Netanyahu Yang Bacul Bersembunyi Di Negara Mereka Selepas Serang Iran

Greece menjadi pilihan pemimpin Tel Aviv dan rakyat negara haram tersebut untuk bersembunyi setiap kali krisis tercetus. Membuatkan rakyat Greece kini semakin tidak tahan dengan perangai mereka, terutama sekali aktivis keamanan yang tidak suka dengan kekejaman rejim zionis.

UEFA bimbang dengan tahap keselamatan perlawanan ini. Kerana sebelum ini, penyokong pasukan bola keranjang AEK Athens telah membakar bendera Isra** ketika berhimpun di luar stadium, ketika aksi menentang Hapoel  Jurusalem pada aksi Liga Juara Juara untuk bola keranjang.

Seterusnya di dalam stadium pula, penyokong AEK Athens memancarkan laser ke arah penyokong Hapoel dan mengibarkan bendera Palestin sambil melaungkan bahawa Is*el pengganas.

Kelab Greece Ini Berdepan Hukuman UEFA Kerana Penyokongnya Kibar Bendera Palestin & Carutkan Penyokong Hapoel

Pihak Hapoel sudah  membuat laporan kepada UEFA bahawa penyokong mereka berdepan dengan penganiayaan dan diskriminasi.

Penyokong tak peduli amaran UEFA

Ketika aksi antara AEK Athens dan Hapoel Be’er Sheva, penyokong tuan rumah tidak peduli dengan amaran UEFA. Mereka malah mengibarkan bendera Palestin yang sangat besar. Sebelum ini Celtic pernah dikenakan tindakan hanya kerana penyokong mereka mengibarkan bendera Palestin.

Penyokong Celtic ‘Langgar’ Arahan Kelab Dan UEFA Sekali Lagi Dan Kibarkan Bendera Palestin

Ini kerana tindakan itu dianggap mencampur adukkan bola sepak dengan politik. Jadi, kelab Greece itu kini berdepan dengan tindakan yang sama kerana penyokongnya.

Penyokong yang dipercayai daripada golongan sayap kiri, Original 21 telah bersorak ‘F**k you Is*el, Viva Palestin’.

Di media sosial rata rata menyuarakan pandangan bahawa apa yang dilakukan peminat AEK Athens bukannya berkaitan politik tetapi lebih kepada mesej menyokong keamanan.

Sebelum ini penyokong Korea Selatan pernah  membuat tindakan bijak untuk solidariti membuatkan FIFA tidak dapat menghukum mereka.

Panjang Akal Penyokong Korea Selatan Buat Solidariti Buat Palestin Yang Lulus SOP FIFA